Sungai Petani (Jawi: سوغاي فتني ) (abbreviated "Sg. Petani" or "SP") is a town in the state of Kedah, in the northern part of Peninsular Malaysia. Sungai Petani is the second largest town in Kedah after Alor Star. The name Sungai Petani has its roots from sungai meaning river and petani meaning farmer in the Malay language. Sungai Petani in full means "Farmer's River", due to the huge concentration of paddy fields and farmers in the state. The word "petani" may also refer to "Pattani", a city in present day Thailand to which the river was once connected. Even the old spelling of Sungai Petani was "Sungei Patani", without any reference to farming.
Monday, April 26, 2010
MENYIAPKAN ANTENNA YANG TAK SIAP.


Sunday, April 25, 2010
BENGKEL ANTENNA ASTRA PADA 24 APRIL 2010 (8.30 MALAM) DI BANDAR PERDANA, SUNGAI PETANI, KEDAH.
Alhamdullillah, semuanya berjalan dengan lancar. Setelah perancangan, persiapan tempat dan pertolongan rakan-rakan, akhirnya berjaya juga dengan apa yang diinginkan. Terima kasih kepada rakan-rakan V44; 9W2DSL, 9W2JGR, 9W2BFA, 9W2MPI, 9W2SRH, 9W2CJK, swal KEL semasa perancangan dan persediaan tempat untuk bengkel. Terima kasih kepada yang hadir terutamanya 9W2MSO Cikgu Mohd Subhi dan 9W2TBO Tarmizi (Orang kanan ini) sebagai tenaga pengajar, peserta dan juga rakan-rakan lain yang hadir. Peserta yang mendaftar adalah seramai 13 orang dan semuanya balik dengan antenna yang di Homebrew atau kerjatangan sendiri, TAHNIAH kepada anda semua. Tak dilupakan jutaan terima kasih kepada 9M2Mz Paklong Marzuki, 9W2RXW Paklang Nizam, 9W2PJF Pakjang Fadzil, yang datang dari jauh sebagai tanda sokongan dan tak lupa juga kepada semuanya yang hadir bersama walaupun sebagai pemerhati. Terima kasih, sokongan anda amatlah dihargai dan diucapkan jutaan penghargaan. 73s.
Sunday, April 4, 2010
Semasa Di Pameran Radio Amatur, Sik, Kedah Pada 03 April 2010



Hari ni kalut sikit, bukan apa niat nak buat le kerja lain, pagi lagi XYL dah bagi tau nak kena ikut serta Majlis Pertunangan saudara di Kampung Hangus (Mukim Rambong Pulai), Kupang, Kedah. Maka hangus le impian aku nak 'adjust' antenna ASTRA. Tapi syok juga dapat pi tempat yang aku tak pernah sampai. dalam perjalanan banyak jugak kenderaan di jalanraya, memang MALAYSIA dah berubah. Sampai di lokasi majlis..fuhhh..meriah jugak, yang paling BEST gulai batang pisang..fuhh..hingga menjilat jari....kah..kah..kah. Selesai je..kurang lebih..fuuhhh..macam orang Labuan plak...jam 2.45 ptg terus bergerak ke SIK, Kedah. Ni pun satu, tak pernah sampai tempat nama SIK ni..'caca marba' juga cari tempat Pameran tu..dalam hujan petang tu..aku talipon je 9W2MPI senang..tak payah cari...tanya je lokasinya...akhirnya sampai jugak..dalam hujan renyai-renyai, sempat le jumpa 9M2MZ, 9W2DOZ, 9W2KKK dan 9W2MPI. Memang meriah tapi ralat le jugak tak dak pun pameran???, yang ada pertandingan Sepak Takraw bulat.."aku sampai lewat kot!".. tak pa le..janji dapat ikut serta walaupun sekejab..anyway TAHNIAH rakan- rakan HAM SIK.
Lembah Bujang (Serpent Valley), Kedah.


Perkembangan pelabuhan entrepotnya sering dikaitkan dengan kerajaan Thalassocracy Srivijaya. Penemuan tapak tanah bersejarah dengan beratus ribu pecahan seramik, kaca dan manik sama ada dari China, Asia Barat, India atau tempatan, runtuhan candi pengabdian terhadap Buddha atau Hindu, struktur bandar atau pelabuhan yang tenggelam, artifak budaya seperti patung-patung atau arca, batu bersurat dan peralatan yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat telah menobatkan gugusan ini sebagai tempat terasasnya negara pesisiran Kedah purba.
Sungai Mas dan koridor Sungai Muda merupakan tapak tanah sejarah yang merentasi zaman prasejarah kebudayaan Hoabinhian, protosejarah dan sejarah. Walaupun penyelidikannya telah menjangkau seratus lima puluh tahun, tetapi usaha membongkar, menyingkap dan merekonstruksi sejarah, peranan dan perkembangannya masih menjadi perdebatan dan belum menemui titik pertemuan.
Status dan potensinya yang diperakui oleh peserta projek Intra-ASEAN : Ekskavasi Arkeologi dan Konservasi Lembah Bujang, Kedah 1985, serta diperakui di dalam Malaysian Book of Records kerana memiliki berpuluh ribu manik purba dan salah satu lokasi pembuat manik di kawasan Indo-Pasifik menjadikan ia tapak yang komprehensif. Pelabuhan yang sangat diperlukan dan memiliki laluan transpeninsular yang menghubungkan Kedah Purba - Langkasuka (Patani) meletakkan ia sebagai bandar pelabuhan yang terbilang.
Saturday, April 3, 2010
Flying sport; Motorized Paragliding (Paramotoring)








Friday, April 2, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)