Salam untuk semua, BLOG ini tercetus apabila saya melayari blog rakan-rakan yang lain, minat juga apabila rakan-rakan ada blog 'GROUP' terutamanya blog yang berkisar di Simplex Band Plan, maka disini, Simplex V44 (145.550 Mhz) juga mempunyai rakan-rakan yang masih SETIA di Simplex walaupun dah 'BOLEH, TERBANG TINGGI'. Maka disini akan digambarkan keceriaan dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh rakan-rakan Simplex V44.



*Perhatian; BLOG ini bukan kepunyaan atau merujuk kepada apa-apa KELAB atau Organisasi tertentu, BLOG ini hanyalah disediakan untuk Aktiviti-aktiviti KOMUNITI yang sudi dan setia bersama di Simplex V44 dan tidak untuk tujuan-tujuan lain.* Sekian adanya...!!!!.


SELAMAT DATANG / WELCOME



KAWAN-KAWAN

Sungai Petani (Jawi: سوغاي فتني ) (abbreviated "Sg. Petani" or "SP") is a town in the state of Kedah, in the northern part of Peninsular Malaysia. Sungai Petani is the second largest town in Kedah after Alor Star. The name Sungai Petani has its roots from sungai meaning river and petani meaning farmer in the Malay language. Sungai Petani in full means "Farmer's River", due to the huge concentration of paddy fields and farmers in the state. The word "petani" may also refer to "Pattani", a city in present day Thailand to which the river was once connected. Even the old spelling of Sungai Petani was "Sungei Patani", without any reference to farming.

Sunday, April 4, 2010

Lembah Bujang (Serpent Valley), Kedah.


Tamadun di selatan Kedah atau di Lembah Bujang (Serpent Valley ) di awal abad Masihi hingga 20 Masihi mempunyai perhubungan yang sangat intim dengan aktiviti perdagangan maritim di antara beberapa negara di Asia, China, Asia Barat dan India.
Perkembangan pelabuhan entrepotnya sering dikaitkan dengan kerajaan Thalassocracy Srivijaya. Penemuan tapak tanah bersejarah dengan beratus ribu pecahan seramik, kaca dan manik sama ada dari China, Asia Barat, India atau tempatan, runtuhan candi pengabdian terhadap Buddha atau Hindu, struktur bandar atau pelabuhan yang tenggelam, artifak budaya seperti patung-patung atau arca, batu bersurat dan peralatan yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat telah menobatkan gugusan ini sebagai tempat terasasnya negara pesisiran Kedah purba.
Sungai Mas dan koridor Sungai Muda merupakan tapak tanah sejarah yang merentasi zaman prasejarah kebudayaan Hoabinhian, protosejarah dan sejarah. Walaupun penyelidikannya telah menjangkau seratus lima puluh tahun, tetapi usaha membongkar, menyingkap dan merekonstruksi sejarah, peranan dan perkembangannya masih menjadi perdebatan dan belum menemui titik pertemuan.
Status dan potensinya yang diperakui oleh peserta projek Intra-ASEAN : Ekskavasi Arkeologi dan Konservasi Lembah Bujang, Kedah 1985, serta diperakui di dalam Malaysian Book of Records kerana memiliki berpuluh ribu manik purba dan salah satu lokasi pembuat manik di kawasan Indo-Pasifik menjadikan ia tapak yang komprehensif. Pelabuhan yang sangat diperlukan dan memiliki laluan transpeninsular yang menghubungkan Kedah Purba - Langkasuka (Patani) meletakkan ia sebagai bandar pelabuhan yang terbilang.

No comments:

Post a Comment