


Hari ni kalut sikit, bukan apa niat nak buat le kerja lain, pagi lagi XYL dah bagi tau nak kena ikut serta Majlis Pertunangan saudara di Kampung Hangus (Mukim Rambong Pulai), Kupang, Kedah. Maka hangus le impian aku nak 'adjust' antenna ASTRA. Tapi syok juga dapat pi tempat yang aku tak pernah sampai. dalam perjalanan banyak jugak kenderaan di jalanraya, memang MALAYSIA dah berubah. Sampai di lokasi majlis..fuhhh..meriah jugak, yang paling BEST gulai batang pisang..fuhh..hingga menjilat jari....kah..kah..kah. Selesai je..kurang lebih..fuuhhh..macam orang Labuan plak...jam 2.45 ptg terus bergerak ke SIK, Kedah. Ni pun satu, tak pernah sampai tempat nama SIK ni..'caca marba' juga cari tempat Pameran tu..dalam hujan petang tu..aku talipon je 9W2MPI senang..tak payah cari...tanya je lokasinya...akhirnya sampai jugak..dalam hujan renyai-renyai, sempat le jumpa 9M2MZ, 9W2DOZ, 9W2KKK dan 9W2MPI. Memang meriah tapi ralat le jugak tak dak pun pameran???, yang ada pertandingan Sepak Takraw bulat.."aku sampai lewat kot!".. tak pa le..janji dapat ikut serta walaupun sekejab..anyway TAHNIAH rakan- rakan HAM SIK.
No comments:
Post a Comment