Salam untuk semua, BLOG ini tercetus apabila saya melayari blog rakan-rakan yang lain, minat juga apabila rakan-rakan ada blog 'GROUP' terutamanya blog yang berkisar di Simplex Band Plan, maka disini, Simplex V44 (145.550 Mhz) juga mempunyai rakan-rakan yang masih SETIA di Simplex walaupun dah 'BOLEH, TERBANG TINGGI'. Maka disini akan digambarkan keceriaan dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh rakan-rakan Simplex V44.



*Perhatian; BLOG ini bukan kepunyaan atau merujuk kepada apa-apa KELAB atau Organisasi tertentu, BLOG ini hanyalah disediakan untuk Aktiviti-aktiviti KOMUNITI yang sudi dan setia bersama di Simplex V44 dan tidak untuk tujuan-tujuan lain.* Sekian adanya...!!!!.


SELAMAT DATANG / WELCOME



KAWAN-KAWAN

Sungai Petani (Jawi: سوغاي فتني ) (abbreviated "Sg. Petani" or "SP") is a town in the state of Kedah, in the northern part of Peninsular Malaysia. Sungai Petani is the second largest town in Kedah after Alor Star. The name Sungai Petani has its roots from sungai meaning river and petani meaning farmer in the Malay language. Sungai Petani in full means "Farmer's River", due to the huge concentration of paddy fields and farmers in the state. The word "petani" may also refer to "Pattani", a city in present day Thailand to which the river was once connected. Even the old spelling of Sungai Petani was "Sungei Patani", without any reference to farming.

Monday, April 26, 2010

ADA LAGI PROJEK BARU....TUNGGUUUUUU !!!!!

MENYIAPKAN ANTENNA YANG TAK SIAP.

Ha...ha...bukannya apa..nie menyetelkan..antenna rakan-rakan yang tak siap sebab tak cukup bahan-bahan. Malam tu potong apa yang ada, pagi esoknya aku pi kedai Hardware, beli apa yang patut, ngam aku cuti (Ahad). Balik je potong lagi, dan dapat siapkan 4 lagi antenna Astra tu...so la ni ada 7 antenna kat base aku, tunggu tuan punya mai ambik.....73s.

Sunday, April 25, 2010

BENGKEL ANTENNA ASTRA PADA 24 APRIL 2010 (8.30 MALAM) DI BANDAR PERDANA, SUNGAI PETANI, KEDAH.


Alhamdullillah, semuanya berjalan dengan lancar. Setelah perancangan, persiapan tempat dan pertolongan rakan-rakan, akhirnya berjaya juga dengan apa yang diinginkan. Terima kasih kepada rakan-rakan V44; 9W2DSL, 9W2JGR, 9W2BFA, 9W2MPI, 9W2SRH, 9W2CJK, swal KEL semasa perancangan dan persediaan tempat untuk bengkel. Terima kasih kepada yang hadir terutamanya 9W2MSO Cikgu Mohd Subhi dan 9W2TBO Tarmizi (Orang kanan ini) sebagai tenaga pengajar, peserta dan juga rakan-rakan lain yang hadir. Peserta yang mendaftar adalah seramai 13 orang dan semuanya balik dengan antenna yang di Homebrew atau kerjatangan sendiri, TAHNIAH kepada anda semua. Tak dilupakan jutaan terima kasih kepada 9M2Mz Paklong Marzuki, 9W2RXW Paklang Nizam, 9W2PJF Pakjang Fadzil, yang datang dari jauh sebagai tanda sokongan dan tak lupa juga kepada semuanya yang hadir bersama walaupun sebagai pemerhati. Terima kasih, sokongan anda amatlah dihargai dan diucapkan jutaan penghargaan. 73s.

Sunday, April 4, 2010

Semasa Di Pameran Radio Amatur, Sik, Kedah Pada 03 April 2010

Hari ni kalut sikit, bukan apa niat nak buat le kerja lain, pagi lagi XYL dah bagi tau nak kena ikut serta Majlis Pertunangan saudara di Kampung Hangus (Mukim Rambong Pulai), Kupang, Kedah. Maka hangus le impian aku nak 'adjust' antenna ASTRA. Tapi syok juga dapat pi tempat yang aku tak pernah sampai. dalam perjalanan banyak jugak kenderaan di jalanraya, memang MALAYSIA dah berubah. Sampai di lokasi majlis..fuhhh..meriah jugak, yang paling BEST gulai batang pisang..fuhh..hingga menjilat jari....kah..kah..kah. Selesai je..kurang lebih..fuuhhh..macam orang Labuan plak...jam 2.45 ptg terus bergerak ke SIK, Kedah. Ni pun satu, tak pernah sampai tempat nama SIK ni..'caca marba' juga cari tempat Pameran tu..dalam hujan petang tu..aku talipon je 9W2MPI senang..tak payah cari...tanya je lokasinya...akhirnya sampai jugak..dalam hujan renyai-renyai, sempat le jumpa 9M2MZ, 9W2DOZ, 9W2KKK dan 9W2MPI. Memang meriah tapi ralat le jugak tak dak pun pameran???, yang ada pertandingan Sepak Takraw bulat.."aku sampai lewat kot!".. tak pa le..janji dapat ikut serta walaupun sekejab..anyway TAHNIAH rakan- rakan HAM SIK.

Lembah Bujang (Serpent Valley), Kedah.


Tamadun di selatan Kedah atau di Lembah Bujang (Serpent Valley ) di awal abad Masihi hingga 20 Masihi mempunyai perhubungan yang sangat intim dengan aktiviti perdagangan maritim di antara beberapa negara di Asia, China, Asia Barat dan India.
Perkembangan pelabuhan entrepotnya sering dikaitkan dengan kerajaan Thalassocracy Srivijaya. Penemuan tapak tanah bersejarah dengan beratus ribu pecahan seramik, kaca dan manik sama ada dari China, Asia Barat, India atau tempatan, runtuhan candi pengabdian terhadap Buddha atau Hindu, struktur bandar atau pelabuhan yang tenggelam, artifak budaya seperti patung-patung atau arca, batu bersurat dan peralatan yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat telah menobatkan gugusan ini sebagai tempat terasasnya negara pesisiran Kedah purba.
Sungai Mas dan koridor Sungai Muda merupakan tapak tanah sejarah yang merentasi zaman prasejarah kebudayaan Hoabinhian, protosejarah dan sejarah. Walaupun penyelidikannya telah menjangkau seratus lima puluh tahun, tetapi usaha membongkar, menyingkap dan merekonstruksi sejarah, peranan dan perkembangannya masih menjadi perdebatan dan belum menemui titik pertemuan.
Status dan potensinya yang diperakui oleh peserta projek Intra-ASEAN : Ekskavasi Arkeologi dan Konservasi Lembah Bujang, Kedah 1985, serta diperakui di dalam Malaysian Book of Records kerana memiliki berpuluh ribu manik purba dan salah satu lokasi pembuat manik di kawasan Indo-Pasifik menjadikan ia tapak yang komprehensif. Pelabuhan yang sangat diperlukan dan memiliki laluan transpeninsular yang menghubungkan Kedah Purba - Langkasuka (Patani) meletakkan ia sebagai bandar pelabuhan yang terbilang.

Saturday, April 3, 2010

Flying sport; Motorized Paragliding (Paramotoring)

Kadang-kadang memang seronok 'Terbang Tinggi' dalam erti kata yang sebenar. Seronok juga bila kita dengar ramai rakan-rakan dah BERANI terbang tinggi, kita memang sangat 'respect' kat 'depa'. Aku memang agak payah le, 'Seriau' memang ada, kot-kot ada yang tak kena, daa..booom jatuh terkulai. Aktiviti nie memang menarik dan mencabar, kadang-kadang tu memang teringin, tapi apa kan daya..terbantut memanjang...peluh bercerau, hampeh sebenarnya memang aku takut..he..he..he..gayat le.. Selalunya aktiviti diadakan pada petang Jumaat atau Sabtu ; itu pun, cuaca juga jadi penentunya ; bertempat di kawasan lapang belakang Carnival, Sungai Petani, Kedah. Rakan-rakan V44 aku kagum, memang berani le..kalau tak setuju mai le...tengok dan kalau berani cuba le...aku macam biasa le..tengok je...ha..ha..ha... Jumpa disana...sana...sana...73s.

Friday, April 2, 2010

Rakan-Rakan Bersantai Di Pulau Aman, Pulau Pinang Pada 27-28 Mac 2010





9W2CJK, 9W2FED, 9W2JGR, 9W2ZJT, 9W2MPI, 9W2XAN, 9W2OSP Dan SWAL XAA